prostarSEPANG

Home
Kelab Prostar
AJK Kelab
Ahli Kelab
Ikrar Prostar
Lagu Prostar
HIV/AIDS

PROSTARSEPANG

Info!!!

Apakah objektif sebenar PROSTAR?

Objektif utama PROSTAR adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV serta cara pencegahan dan kawalannya.

Siapa boleh sertai program PROSTAR ni?

Kumpulan sasaran bagi program ini ialah remaja di dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah, maktab, kolej dan universiti, pelatih rakan muda, ahli persatuan badan beruniform, pekerja kilang dan lain-lain yang berkaitan.

Apa itu HIV/AIDS?

HIV adalah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS adalah singkatan dari Acquired Immunodefiency Syndrome. Ia adalah satu penyakit yang menyerang sistem imuniti badan seterusnya akan menyebabkan badan gagal berfungsi dengan baik untuk mempertahan dan mengawal badan dari melawan sebarang jenis kuman penyebab penyakit atau barah.

Apa kelebihan ahli kelab PROSTAR?

Sebagai ahli PROSTAR yang berdaftar, anda akan dapat menyertai program yang telah dirangka khusus dan teratur oleh pihak kelab. Anda boleh sertai Kem Motivasi, Kesenian, Kuiz serta berkenalan dengan kawan-kawan baru serata Malaysia.

Formula PROSTAR

+ Tambah Pengetahuan
- Tolak Risiko
/ Bahagi Tanggungjawab
X Gandakan Usaha
= Remaja Sihat Tanpa AIDS


Oleh Remaja,Melalui Remaja,Untuk Remaja.